Penyanyi Hollywood Beyonce akhirnya berkongsi gambar anak kembarnya, Sir dan Rumi di media sosial.

Menurut laporan Daily Mail, ini merupakan kali pertama Beyonce berkongsi gambar anaknya kepada umum selepas setahun melahirkan mereka.

Perkongsian yang dilakukan oleh Beyonce ternyata mengejutkan peminatnya kerana dia jarang berkongsi mengenai keluarganya di media sosial.

Ternyata perkongsian yang dilakukan oleh Beyonce itu mendapat pujian daripada peminat dan ramai diantara mereka mengakui telah lama menantikan untuk melihat wajah Sir dan Rumi.

Menerusi perkongsian yang dilakukan itu, Beyonce dilihat sedang memangku pasangan kembar itu ketika bercuti di Eropah, baru-baru ini.

Beyonce dan suami, Jay Z telah berkahwin pada 2008 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy.

Sumber: Daily Mail