Laman Utama

Alam Wakaka Selamat Bernikah, Minta Maaf Tiada Jemputan

gempak
Syafiqah Jalal
09/03/2021
04:23 MYT
Sponsor Banner
Alam Wakaka Selamat Bernikah, Minta Maaf Tiada Jemputan
Penari dan pelakon, Alam Wakaka, 35, selamat melangsungkan pernikahan dengan Nurul Alisya Najwa Hazman, 20, pada 7 Mac lalu.
Dengan hanya sekali lafaz Alam selamat menjadi suami dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Segamat, Johor.
“Assalamualaikum semua rakan-rakan serta pada pengikut setia saya..
“Pada 7 Mac 2021 saya telah menjadi suami kepada gadis pilihan saya Alisya Najwa dengan satu lafaz semasa bernikah di Pejabat Agama Segamat,” maklumnya.
Alam berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Alam memuat naik fotonya bersama isteri di atas pelamin.
Dalam pada itu, Alam turut memohon maaf kepada saudara-maranya serta sahabat kerana tidak dapat menjemput ke majis pernikahan yang diadakan dalam serba ringkas itu.
“Saya serta keluarga ingin meminta maaf kerana tidak menjemput saudara-mara dan sahabat serta peminat kerana tiada majlis persandingan.
“Kami cuma adakan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar bersama keluarga dan teman terdekat sahaja, mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
“Doakan yang terbaik buat saya serta isteri tercinta...”katanya lagi.
Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertungan pada Ogos 2020.
Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009. Alam juga pernah membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam's Story tujuh tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live