Berita

Alami Masalah Kesihatan, Watak Ku Faridah Dalam Curi-Curi Cinta Diganti Oleh Laila Nasir

gempak
Rozaimi Zubaidi
14/05/2019
14:14 MYT
Sponsor Banner
Alami Masalah Kesihatan, Watak Ku Faridah Dalam Curi-Curi Cinta Diganti Oleh Laila Nasir
Selepas mengalami masalah kesihatan ketika penggambaran drama Curi-Curi Cinta, watak yang dibawakan oleh pelakon Ku Faridah telah diganti dengan aktres Laila Nasir.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan, Ku Faridah memohon maaf kepada peminatnya selepas tidak dapat meneruskan watak sebagai Mak Long Sapiah.
"Assalamulaikum kepada semua, pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada peminat dan penonton drama Curi-Curi Cinta kerana selepas malam ini anda tidak dapat melihat saya dalam drama ini.
"Saya menarik diri atas sebab kesihatan seperti semua yang tahu saya kurang sihat semasa menjalani pengambaran drama ini.
"Sekarang ini saya dah pulih. Saya berharap sangat kepada semua penonton drama ini sentiasa memberi sokongan dengan watak Mak Long Sapiah yang digantikan oleh Laila Nasir.
"Kepada Laila saya mengucapkan syabar kerana saya tahu dia boleh membawa watak ini dan teruskan perjuangan," katanya.
Jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live