Pelanggan Astro boleh menikmati akses eksklusif untuk menyaksikan anugerah berprestij untuk industri filem, Oscars ke-96 di Dolby Theatre di Hollywood, Los Angeles secara siaran langsung hanya di Astro SHOWCASE (Saluran 413) dan Astro GO pada 11 Mac 2024 ini.

Oscars kali ini akan membawa, Jimmy Kimmel, seorang persona handal dalam permainan pentas kembali ke pentas Oscars buat kali keempat sebagai hos, di mana Jimmy akan membawakan gelak tawa, kejutan dan detik yang tidak dapat dilupakan.

Bukan itu sahaja, bagi menambah keterujaan, penonton di Malaysia juga boleh menyaksikan seniwati kebanggaan negara kita, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga merupakan penerima anugerah Best Actress pada majlis Oscars tahun lepas, sebagai salah seorang penyampai di Oscars ke-96.

Anugerah yang berprestij ini akan bermula jam 7.00 pagi yang akan didahului dengan liputan karpet merah eksklusif pada jam 6.30 pagi.

Untuk pelanggan yang ingin merasai debaran anugerah, anda boleh strim filem-filem popular OSCARS ke-96 di Astro, termasuk:
Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menyaksikan filem dan program yang dicalonkan di Oscars ke-96 melalui rakan kongsi penstriman kami seperti:
Bagi mereka yang terlepas siaran langsung pada waktu pagi, anda juga boleh menyaksikan semula pada hari yang sama, jam 7.30 malam untuk karpet merah dan 8.00 malam untuk rancangan anugerah di Astro SHOWCASE (Saluran 413) dan Astro GO. Astro SHOWCASE boleh didapati menerusi Pek Movies, dan pelanggan Astro baharu boleh melanggan Pek Movies dengan potongan 30%* pada hanya RM66.49/sebulan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my.

*Diskaun 30% diberikan untuk langganan dengan pendaftaran autodebit sahaja. Tertakluk kepada terma & syarat.