gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Smurfs
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu 3
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Akur Tersingkir, Boss Wan Anggap Masalah Teknikal Punca Markah Kurang - "Kalau Dibandingkan Dengan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Alec Baldwin Lebih Bahagia Tidur, Mental Merosot Selepas Tragedi Tembakan

Maliah Surip
Maliah Surip
22/02/2025
13:44 MYT
Sponsor Banner
Alec Baldwin Lebih Bahagia Tidur, Mental Merosot Selepas Tragedi Tembakan
Alec Baldwin berkongsi mengenai kehidupannya selepas tragedi tembakan di set penggambaran yang mengorbankan nyawa seorang kru pada 2021 lalu.
Selepas melalui siri turun naik mahkamah dan berdepan pertuduhan membunuh dengan niat tetapi didapati tidak bersalah, aktor tersebut mengaku dirinya bergelut dengan emosi yang tidak stabil sehingga menganggu kesihatan mental.
Baldwin, 66, mengaku insiden yang berlaku terlalu pantas dan sukar dipercayai.
“Ia terlalu pantas dan sukar dipercayai. Maksud saya, saya tidak percaya akan melalui fasa seperti ini.
“Jujur, saya berasa lebih ‘sakit’ daripada apa yang semua orang lain rasakan,” ujar Baldwin seperti dilaporkan People.
Pengakuan tersebut dibuat sewaktu bintang filem popular itu muncul di acara realiti, The Baldwins, bersama isterinya, Hilaria, baru-baru ini.
Pada kesempatan sama, Baldwin mengaku hidupnya berubah selepas insiden terjadi.
“Kehidupan saya sukar beberapa tahun kebelakangan ini. Ada masa saya rasa lebih bahagia sewaktu tidur daripada bangun dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.
Akibat insiden yang berlaku di set penggambaran filem Rust, sinematografi, Halyna Hutchins maut kerana terkena tembakan daripada senjata Baldwin yang sepatutnya tidak berisi peluru.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Tidur
#Tragedi
#Mental
#Tembak
#Alec Baldwin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement