Laman Utama

Al-Fatihah… Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia

gempak
Mya Amri
25/05/2023
02:41 MYT
Sponsor Banner
Al-Fatihah… Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia
Bapa kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkan sendiri oleh Amar menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.
“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Bin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.
“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa dosa arwah dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup didunia ini.
“Dan andai kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran anda semua, mohon disedekahkan pada arwah. Dengan izin Allah.
“Semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah dan Allah letakkan arwah bersama insan-insan yang beriman,” tulisnya.
Bagaimanapun, Amar tidak dinyatakan punca kematian bapanya.
Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.
“Innalillahiwainnailayhirojiuun… Salam takziah buat seluruh ahli keluarga kau,bro. Semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh…” - @alifsatar
“Innalillah wanna ilaihirojiun.. Takziah buat Amar sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameen yrb,” - @umminazeera
“Allahuakbar, salam takziah sahabat… Al-Fatihah,” - @sharnaazahmad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live