Skip to main content

Hiburan

Tular Video Amir Jahari Nyanyi Busking, Ramai Luah Rasa Kesian, Ini Penjelasan Tuan Badan – “Saya Pinjam…”

Tular Video Amir Jahari Nyanyi Busking, Ramai Luah Rasa Kesian, Ini Penjelasan Tuan Badan – “Saya Pinjam…”

Sekilas

  • Penyanyi Amir Jahari menjelaskan dia hanya meminjam gitar dan peralatan sahabatnya untuk menyanyikan dua lagu selepas rakaman di tempat awam disangka sesi busking.
  • Video Amir menyanyikan lagu Hasrat yang menang AJL38 mendapat pelbagai reaksi, termasuk rasa sedih dan komen tentang bakatnya yang kurang diberi perhatian dalam industri.
  • Amir menegaskan kod QR yang muncul dalam video itu milik rakannya yang busking, dan dia hanya jamming dua lagu kerana penat selepas sesi rakaman studio.
Advertisement

Penyanyi Amir Jahari menjelaskan dia sekadar meminjam gitar dan peralatan sahabatnya untuk menyanyikan dua lagu selepas rakaman persembahannya di tempat awam disangka sesi busking.

Video yang dikongsi akaun @irin_putri dalam Threads itu memaparkan Amir bermain gitar sambil menyanyikan Hasrat, lagu yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi. Ada yang mengaku sedih melihat Amir, manakala beberapa pengguna beranggapan bakatnya kurang diberi perhatian dalam industri.

“Sedih pula saya tengok video ini. Dia sangat berbakat sebenarnya,” komen seorang pengguna.

“Kesiannya orang industri tak nak ambil dia ini, hmm,” tulis seorang lagi.

“Amir Jahari berbakat besar, tapi mungkin dalam industri dia tak dipandang. Ruginya industri kita,” komen pengguna lain.

Menjawab persoalan mengenai video tersebut, Amir menjelaskan dia hanyalah meminjam gitar rakannya yang memang busking di situ.

“Assalamualaikum semua. Isu kod QR itu bukan saya punya. Itu milik Ammar, sahabat saya yang busking di situ.

“Saya pinjam gitar dan peralatan dia sebab penat di studio, jadi saya jamming dua lagu. Harap ini menjelaskan isu tersebut,” tulisnya.

dfdv

Sumber:Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement