Pelakon Adlin Aman Ramlie serta isteri, Emelda Rosmila dan anak angkat mereka kini berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Adlin melahirkan rasa syukur kerana sekali lagi dia dijemput menjadi tetamu Allah.

“Alhamdulillah dijemput sekali lagi,” tulisnya.

Adlin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya sekeluarga di hadapan Masjid Nabawi, Madinah.

Rata-rata mendoakan agar urusan Adlin sekeluarga di tanah suci dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia lapan tahun.

Alhamdulillah dijemput sekali lagi.

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie) on