gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aisha Retno Lancar Album [Re.Hab], Luah Kisah Peribadi Dalam 'Jeda'
HIBURAN
Yuri Girl’s Generation Jadi Guru Yoga, Duit ‘Gaji’ Buat Bantu Anjing Jalanan
HOLLYWOOD
Bakal Jadi Isteri Benny Blanco, Selena Gomez Tak Mahu Kek Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KAHARKAPLAHIGHCOUNCIL

“Alhamdulillah Atas Sokongan…” - Kahar: Kapla High Council Terus Lakar Kejayaan, Kini Raih RM11 Juta

Mya Amri
Mya Amri
16/12/2024
09:34 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah Atas Sokongan…” - Kahar: Kapla High Council Terus Lakar Kejayaan, Kini Raih RM11 Juta
Filem arahan Razaisyam Rashid, Kahar: Kapla High Council terus melakar kejayaan selepas meraih kutipan sebanyak RM11 juta.
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Isnin.

“Terima kasih! RM 11 juta kerana anda. Alhamdulillah atas sokongan yang tak berbelah bagi,” maklum kenyataan itu.

View this post on Instagram
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Ramai suka filem Kahar

Dalam pada itu, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital ini telah menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif.
Malah menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada warga tenaga kerja Kahar: Kapla High Council kerana menghasilkan naskhah hebat.

Kahar: Kapla High Council Bakal Ada Sambungan? Nantikan 18 Disember Ini

Bagi yang menonton, sudah ada yang tertanya-tanya tentang babak di bahagian ‘end credit’ Kahar: Kapla High Council.
Babak tersebut mengimbas kembali sebuah pusara yang berada di Kudrat dan di batu nesan pula tertera tiga nama pelajar.
Babak itu seolah-olah memberikan bayangan filem tersebut bakal mempunyai sambungannya sama ada prekuel atau sekuel.
Segalanya akan terjawab pada 18 Disember 2024 kerana Astro Shaw akan mengumumkan sesuatu pada tarikh tersebut.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.

Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam termasuklah Singapura.

Topic Berkaitan
#Filem
#Astro Shaw
#Kutipan
#Kahar
#RM11 Juta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement