Hiburan
"Alhamdulillah Ni Ujian Kecil" - Neelofa Tenang, Puteri Sarah Mohon Doa Semua Pihak
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 35, mendedahkan pengacara dan usahawan Neelofa, 31, adalah salah seorang individu yang ada di kala dia berada dalam kesusahan.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata Allah menghantar bekas hos MeleTOP itu untuk membantunya kekal kuat menghadapi dugaan dalam rumah tangga.
Tambah isteri kepada Syamsul Yusof, kini Neelofa memerlukan doa daripada semua pihak atas pertuduhan karut yang dilemparkan kepadanya.
"Dia ada di sana untuk saya, pendengar saya. Allah mengutuskannya kepada saya untuk menolong saya kuat dalam Deen saya.
"Allah tahu apa yang dia lalui. Sama juga dengan saya. Yang kami berdua perlukan sekarang adalah doa kalian.
"Bersangka baik dan doakan yang baik-baik sahaja untuk Neelofa ya," katanya.
Sarah turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Neelofa di Instagram Stories miliknya, semalam.
Sementara itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menganggap kontroversi yang sedang melanda ini sebagai ujian kecil.
"Alhamdulillah ni ujian kecil. Saya doakan untuk awak setiap hari. Insya-Allah," kata Neelofa.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).
Semalam, Neelofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya.
Jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Must-Watch Video