Pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Ali akui lega apabila ibunya selamat menjalani pembedahan pada hari ini (Isnin).
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, ibunya Sabariah Arshad dimasukkan ke hospital sejak lapan hari lalu untuk menjalani pembedahan kerana penyakit kencing manis.
“Saya bersyukur kerana ibu selamat menjalani pembedahan dan semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan ibu juga semakin sihat.
“Kalau tidak ada apa-apa masalah lain, InshaAllah, sebelum Aidiladha ini ibu dah boleh pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya nak beraya dengan ibu,” katanya kepada Astro Gempak.
Ali ditemui ketika majlis sidang media Super Spontan Superstar 2017, di The Garage KL, pada petang Isnin.
Tambah Ali lagi, sebagai anak sudah tentu dia sentiasa mahukan yang terbaik buat ibu tercinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi ratu hatinya itu.
“Sepanjang ibu berada di hospital, saya menemani dia. Saya tidak kisah tidur di hospital asalkan dapat lihat ibu sihat.
“Saya bersyukur kerana isteri sanggup menemani saya bermalam di hospital walaupun dia sedang sarat mengandung anak sulung kami.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan ibu,” katanya terharu.
Ali bagaimanapun, memohon untuk meninggalkan majlis sidang media lebih awal kerana mahu kembali ke hospital menemani ibunya.
Ali bakal muncul sebagai hos Super Spontan 9.30 bermula Jumaat, 8 September ini, pukul 9.30 malam.
Sementara, Super Spontan Superstar 2017 bakal bersiaran pada jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124). Anda juga boleh menonton program ini menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Super Spontan Superstar 2017 bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang.
Fiza Kamarudin
Mon Aug 28 2017
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah
Tak sabar nak tengok filem The Experts!
18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase
Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.
Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”
Isu Sarah Yasmine seakan-akan tidak surut apabila ada sahaja pihak yang ingin turut serta memberikan pandangan dan perhatian terhadap apa yang berlaku. Terbaharu, penerbit dan pelakon, Erma Fatima turut membuat kenyataan membidas Sarah terhadap tindakannya membuka ‘pekung’ artis-artis di Malaysia dan meminta supaya pihak berkuasa di negara ini me
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl