Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan.

Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura.

Kecewa Ditolak Interview

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Platform X, dapat dilihat individu itu meluahkan rasa kecewa apabila dirinya terpaksa ke Singapura hanya semata-mata ditolak untuk ditemu duga oleh syarikat tersebut atas alasan tiada quota pengambilan dari Malaysia.

Netizen Beri Pendapat

Melihat kepada permasalahan berkenaan, rata-rata netizen mula memberikan pandangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh individu berikut.

Antara komen yang diterima:

“Syarikat macam ni kelihatan toksik dan patut dilihat sebagai hikmah tidak menyertainya. Juga khuatir syarikat ini sebenarnya scammer mencari rekrut yang senang dimanipulasi dan terkejut apabila yang ingin ditemuduga berkaliber serta berjati diri,”

“Merepek betul syarikat tu, orang sudahlah tengah cari kerja, menambah beban pula dengan kos travel apa semua. Semoga syarikat tu bagi dia ganti rugi,”

“Adik saya pun kena. Walaupun dekat Kuala Lumpur, dia ambil cuti naik bas. Esok temu duga, hari ini petang cancel. Jadi saya karang ayat suruh dia hantar kepada pihak sumber manusia tu.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih satu juta tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

BERITA TRENDING: Buat Gurauan Tentang Kematian Ahli Keluarga, Netizen Anggap ‘Dark Joke’ Biadab?

Sumber: Platform X