Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.

Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.

“Saya ada terfikir (kahwin dua) sebab nikmat lain… kadang-kadang kita makan ikan kembong, esok nak makan ikan siakap… sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain.

“Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening dan saya yakin bila wujudnya orang nombor dua dan sebagainya, kasih sayang kita dan fokus makin berkurang.

“Bukan kata tak boleh, kalau dah rezeki dan jodoh, kita tak boleh halang. Sebab benda ini (poligami) bukanlah haram… lelaki boleh nak kahwin lain,” katanya kepada Gempak.

Aliff ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu.

Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya.

“Niat itu ada, tapi saya takut bini… jujur saya takutlah dengan isteri saya. Kalau tanya lelaki, dia kata tak nak kahwin dua itu potong tangan… tak adanya.

“Cuma, jujur saya katakan, saya cuma nak isteri saya jaga saya la. Kalau la isteri saya tak ada… meninggal dunia, saya tak akan kahwin sebab dia saja yang boleh menerima kekurangan saya.

“Saya seorang yang agak sukar untuk dijaga dan dia menerima semua kekurangan saya. Saya takkan jumpa orang yang cukup sempurna seperti dia,” ujarnya.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan pasangan itu juga menanti kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.