Skip to main content

Sukan

Kimi Antonelli Lakar Sejarah, Jadi Juara Dunia F1 Termuda

Kimi Antonelli Lakar Sejarah, Jadi Juara Dunia F1 Termuda

Sekilas

  • Kimi Antonelli dari pasukan Mercedes menjadi juara dunia Formula Satu termuda pada usia 20 tahun selepas menamatkan GP Mexico City di tempat ketiga.
  • Antonelli memecahkan rekod Sebastian Vettel dan menjadi pelumba Itali pertama menang gelaran dunia F1 sejak 1953.
  • Max Verstappen memenangi GP Mexico City, manakala perlumbaan terhenti seketika akibat kemalangan Valtteri Bottas yang kini menjalani pemeriksaan perubatan.
Advertisement

Pelumba pasukan Mercedes, Kimi Antonelli melakar sejarah apabila muncul juara dunia Formula Satu (F1) termuda pada usia 20 tahun selepas menamatkan Grand Prix (GP) Mexico City di tempat ketiga pada Ahad.

Antonelli mengesahkan kejuaraan tersebut dengan baki empat perlumbaan musim ini selepas kutipan matanya tidak lagi mampu dipintas rakan sepasukan, George Russell dan pelumba Ferrari, Lewis Hamilton.

Advertisement

Pencapaian itu menyaksikan Antonelli memecahkan rekod Sebastian Vettel yang memenangi kejuaraan dunia ketika berusia 23 tahun pada 2010.

Lebih manis, Antonelli turut menjadi pelumba Itali pertama yang meraih gelaran dunia F1 sejak Alberto Ascari melakukannya pada 1953.

“Terima kasih banyak, kita berjaya, kita berjaya,” kata Antonelli menerusi radio pasukan selepas mengesahkan gelaran tersebut.

Advertisement

Sementara itu, pelumba Red Bull, Max Verstappen muncul juara GP Mexico City selepas menamatkan perlumbaan di hadapan pesaing lain untuk kali keenam di litar berkenaan.

Perlumbaan itu turut menyaksikan bendera merah dikibarkan pada pusingan ke-46 selepas pelumba Cadillac, Valtteri Bottas merempuh tembok di selekoh pertama akibat masalah suspensi pada bahagian kanan jenteranya.

Bottas bagaimanapun berjaya keluar dari jentera tanpa bantuan sebelum melambai ke arah penonton dan meninggalkan litar.

Menurut pasukannya, pelumba itu dibawa menjalani pemeriksaan perubatan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas perlumbaan disambung semula, Verstappen berada di hadapan Charles Leclerc, Hamilton, Antonelli, Lando Norris dan Russell sebelum mengekalkan kedudukannya sehingga tamat perlumbaan.

Saingan F1 seterusnya bakal berlangsung di Brazil dan Las Vegas selepas berakhirnya GP Mexico City.

Bagaimanapun, status dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar dan Abu Dhabi masih belum dimuktamadkan susulan situasi tidak menentu di Asia Barat.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement