Skip to main content

Selebriti

Siap Dalam Tempoh Singkat Tanpa Pasukan Produksi, OCELY Terharu Busana Jadi Pilihan Bella Di Sabah - “Terpegun, Tak Tahu Nak Cakap Apa…”

Siap Dalam Tempoh Singkat Tanpa Pasukan Produksi, OCELY Terharu Busana Jadi Pilihan Bella Di Sabah - “Terpegun, Tak Tahu Nak Cakap Apa…”

Sekilas

  • OCELY, pereka fesyen tradisional Sabah, terharu diberi kepercayaan menghasilkan busana untuk Bella Astillah sempena majlis Kenduri Rakyat di Kota Kinabalu.
  • Busana tersebut dihasilkan sendiri bersama kakaknya, Nanija Usaine, dalam tempoh singkat tanpa bantuan pasukan produksi.
  • Majlis Kenduri Rakyat yang dihadiri lebih 20,000 tetamu merupakan salah satu siri sambutan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Advertisement

Pereka fesyen busana tradisional Sabah, Ocelynevia atau lebih dikenali sebagai OCELY meluahkan rasa terharu apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana yang digayakan penyanyi, Bella Astillah sempena majlis Kenduri Rakyat di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian di Instagram, OCELY mengakui peluang tersebut cukup bermakna buat dirinya yang masih dalam proses mengembangkan jenama fesyen sendiri dan berterima kasih kepada Bella serta suaminya, Syed Saddiq kerana memilih hasil rekaannya dalam kalangan ramai pereka fesyen lain.

Advertisement

“Saya masih terpegun, terharu. Tidak tahu mau cakap apa, tapi terima kasih @bellaastillah , YB @syedsaddiq kerana percaya kepada saya sebagai seorang pereka fesyen yang masih bertumbuh dan sedang membina sebuah jenama.

“And to @aintnocrybry : your creativity in putting everything together for this look really amazed me. Thank you for allowing me to show the beauty of Kedayan Brunei in modernise version.

“Terima kasih kerana memilih OCELY, dalam ramai-ramai pereka fesyen di luar sana. Kepercayaan ini sangat besar maknanya bagi saya, lebih-lebih lagi apabila diberi peluang untuk berkarya dan membawa identiti Sabah ke pentas yang lebih luas.

Advertisement

“Dan juga kakak saya @nanijausaine seorang pereka fesyen dan tukang jahit juga sedia membantu saya dalam masa yang sangat singkat sebab baju ini buat sendiri, tiada team yang dapat membantu.

“Impian saya bukan sekadar membawa nama Sabah, tetapi juga mengangkat keindahan, warisan dan keunikan setiap kaum di Sabah.

“Kerana saya percaya, setiap kaum, setiap budaya dan setiap warisan di negeri ini layak diraikan, dihargai dan diberi ruang untuk bersinar,” kongsinya.

Dalam masa sama, OCELY juga berkongsi bahawa busana berkenaan dihasilkan sendiri dengan bantuan kakaknya, Nanija Usaine yang juga seorang pereka fesyen dan tukang jahit.

Jelasnya, mereka perlu menyiapkan busana tersebut dalam tempoh yang singkat tanpa bantuan pasukan produksi.

“OCELY masih jauh dalam perjalanan, masih banyak yang perlu dipelajari dan dibuktikan. Tapi hari ini, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

“Thank you for seeing something in OCELY. This means more than words can express,” jelasnya.

Untuk info, menerusi perkongsian di Instagram Story, Syed Saddiq memaklumkan lebih 20,000 tetamu hadir ke majlis yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Majlis Kenduri Rakyat di Sabah merupakan antara siri sambutan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella yang turut meraikan orang ramai.

Pasangan itu sebelum ini mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu, sebelum meneruskan sambutan menerusi Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @ocely.my

 

Anda mungkin berminat dengan

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

Must Watch Video

Advertisement