Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri, baru-baru ini memuat naik hantaran di akaun Instagram memaparkan anak perempuannya, Raudah cedera kerana terkena bucu tangga.

Menurut Aliff, kejadian cemas itu berlaku ketika dia baru sahaja pulang ke rumah dari tempat kerja dan terkejut apabila isterinya tiba-tiba menjerit berikutan insiden yang berlaku.

BERITA TRENDING: David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

"Nak dijadikan cerita, ketika saya balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang berlari memeluk saya.

"Tapi jadi sebaliknya, saya terkejut tengah rekod isteri saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit bagi Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam," tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi tentang kecederaan yang dialami Raudah serta menyatakan bahawa hasratnya untuk merakam lagu raya terpaksa dibatalkan.

"Allah sahaja tahu betapa takutnya saya. Doktor cakap kulit kepala dan daging yang terkena, hampir terkena dekat tulang kepala.

"Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya sebab sepatutnya malam tu ada rakaman lagu tapi tak jadi," kongsinya.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Melihat kepada kenyataan itu, rata-rata netizen menyokong Datuk Aliff Syukri supaya memberhentikan niat untuk menyanyi di samping ada yang mendoakan kesembuhan Raudah.

"Maknanya jangan teruskan lagi lagu raya tu Datuk. Bahaya takut orang lain pula cedera nanti,"

"Itu tandanya Datuk kena berhenti menyanyi. Ada hikmah apa yang berlaku. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Datuk dan keluarga,"

"Tu peringatan dari Allah Datuk, hentikan kemurkaan Allah. Semoga dipermudahkan kesembuhan Raudah,"

"Semoga cepat sembuh Raudah, kasihannya Raudah."

Sekadar info, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 10,000 tanda suka di Instagram.

Sumber: Instagram