Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri buntu apabila setiap gerak-geri yang dilakukan akan menerima kecaman daripada netizen.
Menurut penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dia menyatakan ramai orang yang sayang terhadap Aliff justeru perihal dirinya sentiasa diambil berat.
Ustaz Kazim menjawab persoalan dari Aliff mengenai kecaman dalam episod pertama program Lawak Tak Lagha musim kedua yang sudah bersiaran pada 11 Jun lalu.
"Mungkin itu tanda orang sayang kepada Aliff, sentiasa ambil berat pasal dia. Selalunya apabila orang kisah pasal kita, dia akan selalu sebut.
"Di sebalik kecaman tadi, jika Aliff seorang yang ikhlas dan jujur. Walaupun sering terima hentaman, kalau kita reda dan maafkan dia, pahala dapat kat kita.
"Sebab itu kadang-kadang kita buat cerita yang memang minta untuk dikecam. Ini bukan pasal Aliff la," katanya sambil ketawa.
Tambah Ustaz Kazim, dia berpendapat sebaiknya Aliff menyerahkan segala kecaman yang diterima itu kepada Allah dan menggantikannya dengan kebaikan.
"Sekarang Aliff boleh buat pilihan, niat yang baik dan ikhlas. Kalau ada lagi yang masih menghentam, kita serahkan kepada Allah.
"Kita gantikan kecaman dengan kebaikan. Insya-Allah apabila kita baik, kebatilan akan pergi, kebenaran akan datang. Itu yang Aliff perlu yakin," katanya lagi.
Selain Ustaz Kazim, Lawak Tak Lagha 2 turut dikendalikan oleh pelawak dan pengacara Ajak Shiro dan Atu Zero.
Jangan lupa saksikan Lawak Tak Lagha 2 setiap Khamis jam 9.00 malam.
Program ini ditayangkan secara langsung menerusi saluran Warna HD 107 dan Astro Warna 127.
Zulaikha Yusof
Thu Jun 18 2020
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.