Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami
Maliah Surip
18/12/2023 03:55 MYT
18/12/2023 03:55 MYT
Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi selamat bernikah dengan wanita yang pernah disifatkan sebagai kekasih gelap atau penyondol dalam rumah tangganya dengan Nurul Shuhada.
“Dia cinta pertama saya,” kata Hafidz yang sudah mengenali Athira sejak berusia 15 tahun.
Dan kerana itu, selepas mantan isteri membongkar kecurangannya, Hafidz memilih menikahi Athira.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Selain Hafidz yang bercerai dengan isteri pertama dan memilih wanita kedua untuk menjadi sebahagian kehidupannya, berikut tiga lagi lelaki yang sempat menjadi tular kerana kisah kecurangan mereka.
Mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.
ND Lala yang sempat mendiamkan diri dengan pelbagai tuduhan dan pendedahan yang dibuat Fauziah akhirnya mengumumkan memang telah menikah dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.
Dia juga tidak suka wanita yang juga merupakan rakan sekolah Shila itu dilabelkan sebagai penyondol.
"Saya yang mendekatinya. Awal-awalnya, Siti Munirah tak nak, tetapi akhirnya saya pergi minta restu ayahnya.
"Apabila ayahnya bersetuju, maka kami pun bernikah. Jadi tidak benarlah dia menyondol,” katanya dalam video yang disiarkan di Instagram miliknya.
Dalam masa sama, ND Lala kemudian mengakhiri pernikahan dengan Fauziah menerusi 'voice note' (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos 2023.
Mereka kemudian hadir ke prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada September 2023.
Abang Tesla secara eksklusif hadir bertemu Astro Gempak dan bercerita mengenai kisah poligami yang menarik perhatian Malaysia.
“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.
Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya.”
Abang Tesla kini masih mempertahankan perkahwinan pertamanya dengan Nurmajdina Jamari sejak lima tahun lalu.
Dia berkahwin dengan Fatin Umaidah yang dipercayai pekerja mereka dan pernah disyaki oleh isteri pertamanya sebagai wanita yang menganggu keharmonian rumah tangga mereka.
"Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini," katanya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.
Alif yang sentiasa menampilkan sisi romantis dan memberi kata nasihat tentang perhubungan berkahwin dua pada 18 November 2023.
Lelaki itu sebelumnya mendirikan rumah tangga dengan Aisyah pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah
Hafidz selamat menjadi suami kepada Ahtira Yuhada hanya enam bulan selepas bercerai dengan Nurul Shuhada.“Dia cinta pertama saya,” kata Hafidz yang sudah mengenali Athira sejak berusia 15 tahun.
Dan kerana itu, selepas mantan isteri membongkar kecurangannya, Hafidz memilih menikahi Athira.
BERITA TRENDING: "Dia First Love Saya" - Hafidz Roshdi
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu.Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Selain Hafidz yang bercerai dengan isteri pertama dan memilih wanita kedua untuk menjadi sebahagian kehidupannya, berikut tiga lagi lelaki yang sempat menjadi tular kerana kisah kecurangan mereka.
Datuk ND Lala, Fauziah Sarman & Siti Munirah
Konflik rumah tangga pasangan veteran Dato ND Lala dan bekas isterinya, Fauziah Sarman sempat menjadi bualan hangat kerana beberapa pendedahan yang mengejutkan, antaranya penyanyi dan pelakon itu telah menikahi wanita muda.BERITA TRENDING: “Dia Bukan Saja Buang Saya, Tapi Anak-Anak Juga” - Fauziah Sarman Terkilan Dengan ND Lala
Hal itu kerana bapa kepada penyanyi Shila Amzah dan ibunya disifatkan sebagai pasangan romantis. Mereka juga sudah mendirikan rumah tangga sejak tahun 1989 iaitu selama 34 tahun.Mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.
ND Lala yang sempat mendiamkan diri dengan pelbagai tuduhan dan pendedahan yang dibuat Fauziah akhirnya mengumumkan memang telah menikah dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.
Dia juga tidak suka wanita yang juga merupakan rakan sekolah Shila itu dilabelkan sebagai penyondol.
BERITA TRENDING: "Memang Benar, Saya Telah Menikah Dengan Siti Munirah & Melafazkan Cerai Terhadap Bekas Isteri" -…
“Saya nak ambil kesempatan ini, mohon janganlah gelar atau labelkan Siti Munirah sebagai penyodol. Ini tak benar sama sekali sebab dia tak pernah sondol atau mengurat saya."Saya yang mendekatinya. Awal-awalnya, Siti Munirah tak nak, tetapi akhirnya saya pergi minta restu ayahnya.
"Apabila ayahnya bersetuju, maka kami pun bernikah. Jadi tidak benarlah dia menyondol,” katanya dalam video yang disiarkan di Instagram miliknya.
Dalam masa sama, ND Lala kemudian mengakhiri pernikahan dengan Fauziah menerusi 'voice note' (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos 2023.
Mereka kemudian hadir ke prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada September 2023.
Abang Tesla, Nurmajdina & Nursyafiqa
Mohammad Khaliltizam Yusri atau dikenali seluruh negara dengan panggilan Abang Tesla adalah lelaki yang mendadak popular kerana berpoligami.BERITA TRENDING: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
Kisah poligami usahawan berusia 28 tahun itu mendapat kecaman selepas dia mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami di akaun Tik Toknya.Abang Tesla secara eksklusif hadir bertemu Astro Gempak dan bercerita mengenai kisah poligami yang menarik perhatian Malaysia.
BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan…
Abang Tesla mengatakan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan.“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.
Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya.”
Abang Tesla kini masih mempertahankan perkahwinan pertamanya dengan Nurmajdina Jamari sejak lima tahun lalu.
Alif Teega, Aisyah Hijanah & Fatin Umaidah
Kisah rumah tangga pempengaruh Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah pertama kali menjadi perhatian netizen selepas wanita itu mendakwa suaminya terkena penyakit Ain sehingga dibawa berubat.BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Ironi, selepas inisiatif tersebut diambil, Alif mengesahkan telah berkahwin dua saat isteri pertamanya yang dilabel sempurna sedang hamil anak ketiga mereka.Dia berkahwin dengan Fatin Umaidah yang dipercayai pekerja mereka dan pernah disyaki oleh isteri pertamanya sebagai wanita yang menganggu keharmonian rumah tangga mereka.
BERITA TRENDING: “Harap Orang Yang Tepat Akan Datang Pada Masa Yang Tepat, Tapi Buat Masa Ini…” - Aisyah Hijanah
“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah."Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini," katanya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.