Laman Utama
All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Tak Sabar Nak Berduet Dengan Misha - “Idola…”
All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu keempat memberi keterujaan bukan hanya kepada peminat tetapi para peserta yang bertanding apabila diberi cabaran melakukan persembahan secara duet.
Salah seorang peserta GV10 yang teruja untuk membuat persembahan adalah Naqiu.
Naqiu dijadualkan membuat persembahan duet bersama penyanyi yang terkenal dengan gemersik vokalnya, Misha Omar.
Juara GV musim keenam bersama Hady Mirza itu menerusi kemas kini di Instagramnya berkongsi video latihan yang dijalankan bersama Misha.
Tanpa bersembunyi, Naqiu mengaku Misha adalah penyanyi yang menjadi wishlist dirinya untuk menjadi rakan duet.
Penyanyi itu malah menyifatkan Misha sebagai idolanya dan berterima kasih kerana telah bersetuju untuk menemaninya membuat persembahan pada malam Ahad ini.
“Misha Omar akhirnya setuju untuk duet bersama. Terima kasih pengurus kerana berjaya memujuk idolaku dan menunaikan wishtlist saya.
“Berbunga-bunga hati wei sepanjang minggu ini,” tulis Naqiu di ruangan kapsyen.
Naqiu dan Misha akan mendendangkan lagu duet terkenal milik Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari iaitu Aku & Dirimu.
Selain Misha, penyanyi ‘papan atas’ lain yang akan menjadi rakan duet para peserta ASGV adalah Datuk M. Nasir, Ziana Zain dan Datuk Jamal Abdillah.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlein dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video