,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Netizen Dakwa Aishah Hina Vince?

Amri Hassan
16/10/2023
23:50 MYT
Bintang juara yang baru tersingkir dari All Stars Gegar Vaganza, Datuk Aishah tampil membidas dakwaan netizen yang menuduhnya menghina rakan duetnya, Vince.
Jelas Aishah, perlambangan menyanyi bersama anak itu bukanlah satu penghinaan sebaliknya ia sebagai satu panggilan tanda sayangnya terhadap penyanyi yang lebih muda daripada beliau.
"Ada yang menuduh I menghina Vince bila I sebut macam nyanyi dengan anak. Ia bukan penghinaan langsung, cuma Vince betul-betul ingatkan I pada anak (yang I dah tak jumpa lebih setahun ?).
"I was blessed to have Vince to duet with, because he has such a positive attitude.
"Orang takkan tau apa yang kita lalui di belakang tabir dan tak mungkin kita dapat menjelaskannya kepada semua pun.
"So I tak faham tang mana yang komen I pasal Vince macam anak I tu yang offensive?" tulisnya.
Dalam pada itu, dedah Aishah dia menjaga dan mengambil berat akan kebajikan Vince sepanjang seminggu sesi latihan hingga pertandingan.
"My motherly instincts kicked in, made sure dia makan gets rest etc. I dan my FC dapat bergambar bersama dia dan isterinya untuk ucapkan apresiasi kami.
"So tang mana yang hina ni I seriously tak faham. Rasa macam hidup dalam planet lainlah sekarang, terlalu banyak sangkaan buruk," tegasnya.
Terdahulu, gandingan duet Aishah dan Vince menerusi lagu Terlanjur Cinta gagal menambat hati juri sekaligus menjadi bintang ketiga tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir - “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.