All Together Now 2022
All Together Now Malaysia Musim Kedua Kembali Lagi Dengan 50 Barisan Juri!
Program nyanyian popular, All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) kembali temui penonton mulai 11 Disember ini dengan 50 barisan juri baharu dan lama.
Berdasarkan format asal All Together Now terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Menariknya, Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Dengan bahang Gegar Vaganza 9 yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ANTMY 2 bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi.
Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak.
Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Must-Watch Video