gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Momen Shuib Pakaikan Thalita Kasut Sebelum Konsert Curi Perhatian, Bangga Tengok Puteri Tercinta Atas Pentas Besar - “Saya Tak Pernah Membayangkan…”
HIBURAN
Luangkan Masa Dengan Anak Tiri, Netizen Terharu Lihat ‘Bonding’ Ubai & Seth - “Dia Ni Memang Anugerah Terindah Buat…”
HIBURAN
Sukar Nak Cari Orang Susah Di Malaysia, Aisar Khaled ‘Terbang’ Bantu Rakyat Miskin Indonesia - “Saya Bercakap Ini Atas Dasar…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Allah Sayang Padamu" - Penyanyi 90-an Azreen Manan Meninggal Dunia

gempak
Amri Hassan
18/08/2018
06:34 MYT
Sponsor Banner
"Allah Sayang Padamu" - Penyanyi 90-an Azreen Manan Meninggal Dunia
Penyanyi era 90-an, Azreen Manan, 41, telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Datin Seri Umie Aida menerusi Instagramnya sebentar tadi.
"Allah sayang pada mu Azreen, tenanglah mu di sana. Al-fatihah," tulis Umie.
Selain Umie, pelakon Erra Fazira turut menitipkan coretan terakhirnya buat arwah Azreen.
Innalillahiwainnailaihirojiun... adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta.. . . Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarah mu disaat2 terakhir hayat mu.. ? . . Ya Allah, ampunilah segala dosa2 adinda Azreen selama hayatnya ada.. moga Kau tempatkan beliau di kalangan hambaMu yg soleh dan solehah.. Perginya adinda Azreen sangat di rasai.. adik yg ramah, manja dan dsyangi ramai.. damailah dikau dsana wahai adik.. segala kenangan manis akan akak simpan hingga ke akhir hayat..? Hilang sudah penderitaan yg Erin tanggungi di dunia yg sementara ini.. kini kau di tempat yg abadi menemui Yang Maha Esa.. Moga dsana segalanya indah dan jauhhhh lebih mendamaikan adikku.. ?? . . Dengan Lafaz Bismillah.. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah buat almarhumah Azreen Manan .. . ALFATIHAH.. . .
A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on Aug 17, 2018 at 10:59pm PDT
Sebelum ini Azreen dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IJN) di Putrajaya akibat kanser serviks berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung pada ubat penahan sakit.
Azreen disahkan menghidap kanser serviks tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.
Selain itu, Azreen berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat.
Azreen dikenali sebagai penyanyi pada usia 12 tahun apabila tampil dengan album sulung pada 1989.
Dia juga pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992. Ketika itu Krisdayanti dinobatkan sebagai juara.
Pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.
Ketika itu Azreen baru berusia 16 tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang anak yang kini berusia 24 dan 21 tahun.
Foto: Utusan Online, @errafazira, @umieaida9
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Belasungkawa
#Azreen Manan
Must-Watch Video