Pelakon Datin Almy Nadia, 34, melenting selepas foto miliknya disalah guna oleh peniaga atas talian.

Menurut Almy, pihak tidak bertanggungjawab itu tidak memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan foto keluarganya.

"Angry bird naw naw faham. Cakap kang viral pulak!! Suka suki pakai gambar tanpa minta kebenaran yerk! Nak cari rezeki pun jangan cara macam tu!!

"Takkan sampai kami tak boleh nak muat naik gambar keluarga kalau gambar tu hampa pakai untuk perniagaan hampa," luahnya di Instagram Stories.

Tegas isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz ini dia membeli barang tersebut bukan diperoleh secara percuma.

"Sedangkan benda tu kami beli bukan percuma!! Beli dengan duit kami faham!!

"Bukan percuma jadi nak pakai gambar kami minta kebenaran dulu faham," luahnya lagi.



Terdahulu, beberapa orang selebriti turut mengalami situasi yang sama antaranya Azhar Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai.

BACA: “Aku Anggap Perkara Ni Dah Selesai” - Azhan Rani Maafkan ‘Owner’ Produk Guna Gambar Tanpa Kebenaran​

BACA: "Boleh Ke?" - Syarikat Penerbitan Keluarkan Buku Guna Gambar & Nama Uqasha?

BACA: "Sejak Bila Jadi Sugar Mommy Hook Up Ni?" - Pihak Tak Bertanggungjawab Salah Guna Foto Adibah Noor​

BACA: Gambar Disalah Guna Untuk Kepentingan Perniagaan, Khai Buat Laporan Polis & KPDNKK​