Gandingan dua watak dalam drama Khun:Sa - Che Khun Che Nisa iaitu Che Nisa lakonan Amalina Arham dan Mei Yin (Alyssa Lee) mendapat pujian daripada penonton.

Alyssa Dedah Sikap Amalina

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Amalina mahu mengetahui pandangan Alyssa terhadap dirinya pada pertemuan pertama mereka di set penggambaran drama tersebut.

Menurut Alyssa, dia pada mulanya menyangkakan Amalina seorang yang sombong namun rupa-rupanya aktres itu seorang yang pendiam dan senang untuk bergaul.

“Hm, awak bukan hidung tinggi tapi lebih pada seorang yang pendiam. Susah untuk bergaul… awak ada sejenis aura sehinggalah kita mula bersembang dan kita berbual tentang teater.

“Selepas itu ‘oh seronok rupanya bergaul dengan dia ini’,” kata Alyssa Lee.

Amalina Ingat Alyssa Sombong

Menerima soalan yang sama daripada Alyssa, Amalina berkata dia pun memikirkan perkara yang sama memandangkan aktres itu enggan bercakap dengan ketika ditegur.

“Pada mulanya saya tertanya-tanya, adakah dia yang lakonkan watak Mei Yin? Kenapa dia nampak seperti sebaya dengan saya. Bukankah dia sepatutnya jadi ‘Kak Mei’?

“Memang sahlah dia, saya nak bertegur sapa dengan awak. Tapi dia tak nak bercakap dengan saya. Okay tak apa,” ujarnya.

Cara Pemikiran Yang Sama

Bagaimanapun Alyssa berkata dia dan Amalina mempunyai cara pemikiran yang sama dan saling memahami.

“Kita berdua anggap kita sombong. Cara kita berfikir lebih kurang sama. Kita saling memahami. Segala yang berlaku di set, apabila kita saling berpandangan, sekilas itu kita tahu apa yang kita fikirkan.

“Saya pun tak tahu kenapa, tapi ia sangat cute,” kata Alyssa lagi.

Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

Saksikan Khunsa yang merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin ini setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan On Demand.

BERITA TRENDING: Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

BERITA TRENDING: Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”