Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengakui dia sudah lebih 40 hari tidak berhubung dengan isterinya iaitu penyanyi Bella Astillah dan dua orang anak mereka.

40 Hari Tak Bercakap Dengan Bella & Anak

Menerusi podcast temu bual di YouTube TheCommonFolks SG, Aliff berkata dia berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.

“Kali terakhir aku bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. Memang tak ada komunikasi sejak beberapa minggu ini.

“Masa yang agak lama, membuatkan aku jadi takut nak dengar suara Bella dalam telefon… ia satu benda yang menakutkan buat kita, bila aku dengar, jadi takut.

“Bukan nak larikan diri daripada masalah itu… umi pun ada tanya tak nak bercakap dengan dia (Bella) ke. Bukan tak nak bercakap, tapi sebab dah jadi keadaan yang huru-hara.

“Dah lama tak bercakap, tak tahu nak cakap macam mana. Gap itu dah buat aku tak tahu nak cakap apa. Sangat sukar, sebab aku tak tahu nak mula macam mana,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip yang dimuat naik di Instagram TheCommonFolkssg memperlihatkan Aliff menangis ketika ditanya mengenai isterinya, Bella Astillah.

Menerusi rancangan podcast The Common Folks, Aliff Aziz menerangkan mengapa dia mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.

Disoal tentang mengapa dirinya mengeluarkan cerita-cerita aib tentang Bella, Aliff mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya.

Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

BERITA TRENDING: “I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

BERITA TRENDING: “Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah