Laman Utama
“Am I Sendu?” - Dipujuk Suruh Masuk GV9, Jaclyn Victor Ambil Peluang Serlah Sisi Berbeza
Penyanyi Jaclyn Victor meluahkan hasrst sebenar dirinya menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 9 adalah kerana menunjukkan sisi lain dirinya bergelar seorang penyanyi.
Menurut Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac, dia tidak mahu digelar sebagai seorang penyanyi yang bawakan lagu Gemilang sahaja.
“Am i sendu? Tak tahulah. Saya baru release lagu kot. Saya nak tunjukkan pada orang ramai sisi lain Jaclyn Victor. Konsep program ini pun untuk kita mencabar diri menyanyi lagu genre yang berbeza.
“Saya tak mahu orang tengok Jac boleh bawa lagu Gemilang sahaja. Ambil lagu penyanyi lain, jadikan milik anda, berkarya.
“Kalau dulu GV dibuka untuk artis yang dah lama tak aktif, lama tak keluarkan lagu tetapi benda itu dah berubah. Sekarang inilah peluang dan tempat yang anda boleh buat apa sahaja yang anda mahukan. Tak kan saya nak lepaskan peluang ni.
“Dah beberapa bulan sebelum ni saya dengar orang suruh Jac masuk GV9 tapi saya tolak,” ujar Jac kepada Gempak.
Jac ditemui selepas majlis sidang media pengumuman 13 bintang GV9 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam tadi.
Jelas Jac yang baru melancarkan single terbaharunya pada April lalu, dia tidak merasa tertekan untuk bertanding dengan peserta lain mengikut genre yang bukan ‘makanan’nya.
“Saya tak rasa tertekan sangat untuk menyertai GV9 sebagai kita semua berasal dalam industri yang ada ramai yang menyokong kita, menghargai apa yang kita buat atas pentas tapi ada juga orang yang tak suka dan susah kita nak puaskan hati semua orang. Saya bukan budak baru dalam industri, orang kalau tak suka memang dia akan cakap. Kita kena kuat dan tabah.
“Saya terbuka pada kritikan sebab orang yang mengkritik saya adalah mereka yang berpengalaman, sangat berpengetahuan dan mereka tahu apa yang mereka cakapkan. Apa salahnya kita duduk di depan mereka yang lebih arif,” jelasnya lagi.
GV9 yang akan mula bersiaran 18 September ini dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Must-Watch Video