“Ambil Berkat Bulan Kelahiran Rasulullah…” - Ezzaty Abdullah Syukur, Selamat Bersalin Anak Ketiga
Ainun
27/09/2024 07:55 MYT
27/09/2024 07:55 MYT
Pelakon, Ezzaty Abdullah selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dimaklumkan Ezzaty menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ezzaty, bayi lelaki comel itu dilahirkan pada bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 1129 pagi, baby boy kami telah selamat dilahirkan”, coretnya.
Ezzaty, 34, yang terkenal dengan drama ‘The Maid’ turut mendedahkan anaknya dilahirkan dalam keadaan yang sihat serta mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa mendoakan kesihatan mereka.
“Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami”, luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu kerana menimang cahaya mata.
Antara komen selebriti yang ditinggalkan:
Sekadar info, Ezzaty Abdullah dan suaminya, Azwan Kombos telah mendirikan rumah tangga pada tahun 16 Julai 2016.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun, dan Ahmet yang kini berusia 2 tahun.