Laman Utama

"Ambil Gas Oksigen Pun Tak Jalan" - Bapa Zalif Sidek Sesak Nafas, Dikejarkan Ke Hospital

gempak
ZULHILMI JALIL
25/01/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
"Ambil Gas Oksigen Pun Tak Jalan" - Bapa Zalif Sidek Sesak Nafas, Dikejarkan Ke Hospital
Pelakon Zalif Sidek memaklumkan bapanya dikejarkan ke Unit Kecemasan, Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas mengalami sesak nafas malam tadi.
Menurut Zalif, 36, bapanya, Wan Abu Bakar Sidek yang mengidap kanser paru-paru mengadu mengalami kesukaran bernafas selepas menikmati makan malam.
"Mohon doakan papa saya kecemasan lepas makan malam semalam, beliau sesak nafas.
"Beliau semput, ambil gas gas oksigen hidung pun tak jalan. Terus telefon ambulan untuk hantar ke Kecemasan Institut Kanser Negara Putrajaya," kongsinya menerusi satu hantaran yang dimuat naik awal pagi tadi.
Jelas Zalif lagi, bapanya itu juga sudah setahun disahkan mengidap kanser paru-paru.
"Untuk makluman, papa dah setahun mengidap kanser paru-paru dan ada masalah jantung.
"Beliau sekarang menjalani rawatan susulan di rumah selepas mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum ini," kongsinya.
Gempak cuba mendapatkan komen lanjut mengenai keadaan bapanya, namun sehingga artikel ini ditulis, kami belum menerima sebarang respons lagi.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.
"Semoga ayah cepat sembuh Lip..dipermudahkan segalanya amin," tulis pelawak Angah.
"Semoga bapa anda cepat sembuh, bertabah okay," komen pelakon Adeline Tsen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live