Bagi peminat kumpulan popular, Ruffedge pastinya terubat rindu selepas menyaksikan lima anggota kumpulan itu kembali bergabung di atas pentas Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) malam tadi.

Peminat sebelum ini sedia maklum Ruffedge pernah berpecah sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Bagaimanapun, mereka kembali bersama sebagai satu kumpulan. Cat Farish sebelum ini memberitahu kemunculan semula Ruffedge datang daripada idea yang disuarakan Amer Munawer Yusoff (Amer).

Dua anggota kumpulan ini iaitu Amer dan Azan Addin Abdul Wahab (Azan) juga sudah berhijrah menganggotai kumpulan Al-Mawlid yang tampil dengan imej Islamik.

Dalam persembahan pada AME2018 semalam, hanya Azan muncul bersama Ruffedge manakala Amer tidak kelihatan.

Segelintir peminat juga tertanya mengenai imej anggota Al-Mawlid itu selepas berhasrat untuk kembali menganggotai kumpulan lama.

Amer dalam statusnya di Instagram mendoakan perjuangan rakan-rakannya itu diberkati Allah.

Dapat berita dan khabar gembira dari bumi tercinta Malaysia tentang 5 sahabat yang telah meniup semboyan cinta. Semoga Allah menjaga dalam CahayaNya. Amiiin. MasyaAllah tabarokAllah! Segalanya dari rancanganNya. Kita jaga dan selalu mohon doa. Terima kasih atas nasihat/peringatan/ teguran dari kawan_kawan yang membina. Semoga yang lahir tulus dari jiwa bukannya dari nafsu amarah yang membinasa. Amiiiin.

A post shared by Amer Abu Ibrahim (@amer_munawer) on

Malah, Amer percayai apa yang berlaku adalah perancangan Allah dan selalu memohon doa daripada Nya.

"Terima kasih atas nasihat/peringatan/teguran dari kawan-kawan yang membina.

"Semoga yang lahir tulus dari jiwa bukannya dari nafsu amarah yang membinasa. Amin," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @amer_munawer