Penyanyi Amelina mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun katanya, soal jodoh diserahkan kepada takdir.

“Saya dan dia sedang dalam fasa berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

“Kalau ada jodoh, adalah...Lagi pun dalam umur sekarang ini tak sesuai rasanya nak bercinta-cinta sangat.

“Apa yang penting bagi saya kehadiran dia diterima oleh sekeliling saya,” katanya.

Amelina ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu dan Muzik Video Ada Untukmu di The Crave, Ara Damansara.

Berbicara tentang single terbarunya itu, Amelina berkata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza itu dirakam pada awal Februari 2019.

“Ramai yang tanya kenapa ambil masa untuk siapkan muzik video dan lagu...Yang sebenarnya dah lama siap rakaman lagu Ada Untukmu ni.

“Cuma waktu itu kekangan masa tidak mengizinkan kami untuk release lagu ni.

“Muzik videonya pula penggambarannya pada Februari tahun ini namun, disebabkan pandemik Covid-19 perancangan untuk mengadakan majlis pelancaran terpaksa ditunda lagi.

“Alhamdulillah, hari ini saya lega kerana Ada Untukmu dilancarkan juga untuk peminat-peminat yang dah lama tunggu,” katanya.

Muzik video Ada Untukmu bakal dilancarkan di platform Youtube pada pukul 6 petang, esok.