Ternyata bukan hanya rakyat biasa yang perlu mematuhi pelbagai protokol saat berdepan dengan golongan keluarga DiRaja.

Protokol dan ‘undang-undang’ yang ketat juga terpaksa dilalui oleh anak-anak mereka.

Antaranya adalah tidak dibenarkan makan semeja dengan ibu bapa sehingga dirasakan telah mempunyai adab yang baik untuk bergaul.

Itulah yang dilalui oleh tiga orang anak pasangan Putera William dan Kate Middleton iaitu Putera Louis, Puteri Charlotte dan Putera George.

Pendedahan mengenai ketiga-tiganya tidak dibenarkan makan semeja dengan ibu dan bapa mereka dibuat oleh bekas chef keluarga DiRaja iaitu Chef Darren McGrady.

Menerusi temu bual bersama Harper Bazaar, anak-anak keluarga DiRaja tersebut tidak dibenarkan makan bersama kedua ibu bapa dalam majlis rasmi mahupun waktu cuti.

Peraturan tersebut perlu dipatuhi agar mereka belajar mengenai asas adab dalam berbicara.

“Mereka tidak dibenarkan makan bersama untuk semua acara termasuk keraian hari Natal.

“Anak-anak perlu sentiasa makan bersama pangasuh sehingga mereka boleh dan bijak mengendalikan diri sendiri di meja makan,” katanya.

McDarry juga mengatakan tugas pengasuh sangat penting.

“Tugas pengasuh bukan hanya menjaga tetapi memastikan adab, tingkah laku dan sikap yang baik buat mereka termasuk bagaimana beradab di meja makan.

“Ini termasuklah pengasuh berkuasa terhadap menu dan makanan seimbang seperti sayur-sayuran buat mereka,” kata McDarry.