Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Dah Berjalan Tapi Dali Wassink Tak Sempat Tengok, Isteri Harap Suaminya Bangga Di ‘Atas Sana’

Gempak
25/07/2024 23:55 MYT
Isteri arwah Dali Wassink, Jennifer Coppen memuat naik sepotong video yang menyentuh hati ramai orang menerusi satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini.

Video tersebut memperlihatkan anak mereka, Kamari Sky Wassink yang kini sudah boleh berjalan sendiri.

Anak berjalan

Menerusi rakaman itu, Kamari yang kini berusia setahun berada di tengah orang ramai dengan dan mula berjalan. Situasi tersebut menyebabkan orang di sekeliling turut berasa terharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

ARTIKEL BERKAITAN: Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink

ARTIKEL BERKAITAN: "Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad

Melalui kapsyen yang ditulis dalam perkongsian berkenaan, Jennifer berkata: “Sayang, lihat. Anak kita sudah boleh berjalan.

“Kamu pasti banggakan lihatnya dari atas sana. I miss you so much sayang, we all do,” tulis Jennifer.

Untuk info, Dali Wassink meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat kemalangan jalan raya di Sunset Road, Seminyak, Bali pada 18 Julai lalu.

Jenazah Dali Wassink kemudian dibakar di Krematorium Kertha Semadi, Kuta Selatan, Badung, Bali, pada Jumat, 19 Juli 2024. Pihak keluarga melarung abu jenazah Dali Wassink pada hari ini, Minggu, 21 Juli 2024 di Pantai Lembeng, Bali.

Sumber: Viva

#Dali Wassink #Jennifer Coppen #Kamari Sky Coppen