HIBURAN
Anak Dedah Keperibadian Aliff Syukri, Anggap Bapa Seorang Lelaki Maskulin - “Ayah Saya Bukan Lembut Tapi Dia…”
Anak-anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra menegaskan bapanya bukan seorang yang lembut seperti yang disangka orang ramai.
Lelaki maskulin
Menurut Ammar dan Qadejah atau mesra disapa sebagai Cess, bapa mereka seorang yang sangat garang dan bersikap seperti lelaki maskulin.
“Ayah saya bukan lembut, dia garang gila macam lelaki maskulin,” kata Ammar dan Qadejah menjawab sesi soalan bersama Remaja menerusi video yang di TikTok.
Ditanya mengenai mengenai keluarga dan adik-beradik, Ammar berkongsi pesanan bapanya yang mengatakan dalam kehidupan berkeluarga semestinya ada fasa kesedihan dan kegembiraan.
Pesanan bapa
“Ayah cakap dalam hidup ini, bukan sentiasa bahagia bila kita dah berkeluarga. Mesti ada masa kita bergaduh, bergembira, bersedih.
“Kalau nak ada keluarga yang aman dan untuk jangka lama, selamanya, memang kita kena melalui semua tahap-tahap kekeluargaan,” kata Ammar.
Dalam pada itu, Ammar turut memberitahu dia mahu meneruskan legasi bapanya dalam dunia perniagaan seperti yang dimahukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Sudah ‘Sangkak’, Aliff Syukri Ada Sebab Buat Live Setiap Masa - “Saya Akan Pastikan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Akui Penat Berniaga, Netizen Titip Doa & Bagi Semangat Untuk Aliff Syukri - “Jujurnya Amat Stress Tapi…”
“Ayah saya mengharapkan kami untuk meneruskan perniagaan. Jadi kalau boleh saya nak la ikut kehendak dia,” kata Ammar.
Teruskan perniagaan
Menurut Qadejah, dia akan mengambil alih dalam dunia perniagaan produk manakala Ammar pula akan menguruskan bisnes resort.
“Kami ada pembahagian. Contoh dalam rumah ini kita kena bahagikan dua, satu Ammar punya bahagia dan satu lagi saya.
“Ammar jadi resort, saya jaga produk. Macam itulah, kita kongsi,” ujar Qadejah.
@remaja.my Bila #QadejahElZahra (aka Cess) & #AmmarAhyan throwback kenangan dengan abah tercinta, Papa Laris a.k.a Datuk Seri #AliffSyukri… tak pernah tak kelakar 🤣❤️ Nak tahu cerita zaman kecil diorang, rahsia bonding adik-beradik & macam mana rasanya jadi anak usahawan viral no.1 Malaysia? 📲Stay tuned untuk episod penuh Siblings Tag & REMAJA Digital Cover bersama Qadejah dan Ammar… COMING SOON🔥 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #Cess #Ammar #FathersDay ♬ original sound - Remaja
Must-Watch Video