VIRAL
Dikatakan Sudah ‘Sangkak’, Aliff Syukri Ada Sebab Buat Live Setiap Masa - “Saya Akan Pastikan…”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ada pihak yang mengatakan dia membuat siaran langsung (live) di laman sosial disebabkan ekonominya sudah merundum.
Bersaing dengan usahawan lain
Menerusi video podcast di TikTok, Aliff menganggap setiap hari dia perlu bangun awal membuat live untuk bersaing dengan usahawan lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Akui Penat Berniaga, Netizen Titip Doa & Bagi Semangat Untuk Aliff Syukri - “Jujurnya Amat Stress Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Seronok ‘Follow’ Aliff Syukri, Puji Konten Kini Lebih Matang - “Papa Janji Bila Dah Nak Masuk Umur 40…”
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
“Ada orang kata Syukri ini dah miskin ke, hari-hari buat live. Kau ini dah sangkak sangat ke pukul 4 pagi dah live? Sebenarnya bukan sangkak.
“Dalam kehidupan, awak bersaing dengan satu sama lain. Bila pesaing saya bangun daripada tidur, saya tak nak mereka bangun. Biar saya bangun dulu, biar saya jadi harimaunya.
“Sebelum usahawan lain bangun, saya bangun sebab dalam bisnes secara talian, siapa yang kumpul paling banyak duit, dia dah menang,” katanya.
Kedudukan nombor 1
Menurut Aliff lagi, dia sentiasa akan memastikan kedudukannya berada dalam nombor satu atau dua ketika membuat live.
“Jadi sebelum pukul 12 malam, saya akan pastikan saya jadi nombor satu. Dia bertanding setiap masa. Saya akan pastikan, kalau saya tak duduk top 3, itu bukan saya.
“Kalau tak dapat, saya bukan nak bulan ini saja, saya nak setiap hari. Kalau bukan nombor satu, saya pastikan paling busuk nombor dua.
“Tapi selalunya saya kekal nombor satu,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen kagum dan memuji sikap Aliff yang sentiasa rajin mencari duit selain mengatakan usahawan itu juga antara penyumbang zakat terbesar di Selangor.
@buatsaja.podcast Dato' Sri Aliff Syukri Ini Sangkak Ke? #BuatSajaPodcast Adalah siri podcast ilmu bermanfaat , kisah inspirasi dan kejayaan contoh untuk semua rakyat Malaysia Pastikan anda tengok BuatSaja Podcast Episod 8 yang dihoskan oleh Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin ⚡️CEO Urus Orang pada Tarikh: Sabtu 14 June 2025 Masa: 8.30 malam Platform: Channel merah BuatSaja Podcast Nak tahu lebih pasal GMart? Check out social media mereka: TikTok: @G-Mart Group Instagram: @gmart_group Facebook: G-mart Group YouTube: GMart Group Website: https://g-mart.my/portal/ #BuatSajaPodcast ♬ original sound - BuatSaja Podcast
Must-Watch Video