TERKINI
Akui Penat Berniaga, Netizen Titip Doa & Bagi Semangat Untuk Aliff Syukri - “Jujurnya Amat Stress Tapi…”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa tertekan kerana perlu membuat siaran langsung untuk menjual setiap hari.
Menerusi perkongsian di Threads, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman mengakui hidupnya kini lebih mencabar berbanding dahulu apabila perlu bekerja keras setiap hari demi kelangsungan perniagaan dan memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta majikan.
“Hidup ini keras, nak rehat live TikTok bercuti tapi sale sendu. Memang kena buatlah hari-hari, hidup dah tak macam dulu dah 24 jam kena buat live.
“Jujurnya amat stress tapi apa nak buat tanggungjawab lelaki nibanyak sebagai suami, anak, staff dan isteri. Allah kuatkanlah papa,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mendoakan anak kepada usahawan, Bonda Rozita itu kekal kuat dalam dunia perniagaan.
“Stay strong papa… doa semuga Allah sentiasa bantu papa.
“Jangan patah semangat papa. kmi perlukn idola mcm papa untuk usaha lebih rjin
semoga diberi kebahgiaan dan kemanisan dalam setiap ujian.
“Moga الله mudahkan segala urusan datuk.
“Saya paling kagum dgn Dato, saya baru sudah solat subuh bukak tiktok tgok Dato tengah buat live. Allahuakbar, usaha takkan mengkhianati hasil, sangat luar biasa,” komen netizen.
Terdahulu tular video Alif Syukri sedang menjual jeruk selepas dikongsikan oleh isterinya, Datin Seri Shahida.Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, Shahida meluahkan rasa pelik dengan suaminya yang tidak henti-henti berniaga.
Bukan sahaja jeruk, Aliff juga sudah menjual pelbagai barangan antaranya jeruk, kurma, sejadah, tas tangan dan macam-macam lagi.
Must-Watch Video