Laman Utama

“Anak Dibiarkan, Sibuk Enjoy Dengan Perempuan Lain” - Netizen Simpati Anak Shuk Menangis Rindukan Bapanya

gempak
Izwan Isa
09/04/2022
02:25 MYT
Sponsor Banner
“Anak Dibiarkan, Sibuk Enjoy Dengan Perempuan Lain” - Netizen Simpati Anak Shuk Menangis Rindukan Bapanya
Polemik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar dilihat seperti tidak berpenghujung.
Ada sahaja rentetan isu terbaharu yang terkait dengan dirinya sejak ditangkap curang tidak beberapa lama dahulu.
Sungguhpun masih belum dipastikan status terkini antara Shuk dan isterinya, Sera, namun, banyak dalam kalangan pengikut di media sosial meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sera melahirkan rasa sedih apabila melihat anak kecilnya menangis merindui Shuk.
“Perkara yang paling sakit ialah mendengar tangisan seorang anak yang merindui ayahnya. Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anak-anak ku. Jadikanlah aku seorang yang tabah untuk menjadi ayah buat Aimi Ain,” tulis Sera.
Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang melahirkan rasa simpati, selain ada juga yang mengkritik Shuk.
“Anak dibiarkan. Sibuk enjoy dengan perempuan lain,” getus seorang netizen.
“Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Kak Sera dalam membesarkan anak tanpa seorang suami dan ayah. Semoga ada sinar kebahagiaan suatu hari nanti,” tulis seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Sera dilihat pergi Mahkamah Syariah Jalan Duta. Namun, wanita itu mengunci mulut mengenai tujuannya ke sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024