Skip to main content

Selebriti

Terima Pelbagai Ancaman & Kecaman, Cakra Khan Tidak Kisah Diboikot - "Saya Tak Takut Selagi..."

Terima Pelbagai Ancaman & Kecaman, Cakra Khan Tidak Kisah Diboikot - "Saya Tak Takut Selagi..."

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, tidak kisah jika diboikot kerana lantang bersuara mengenai isu semasa di Threads demi meningkatkan kesedaran masyarakat.
  • Walaupun menerima ancaman dan tuduhan melalui DM, Cakra menganggap budaya 'cancelled' itu biasa di Indonesia dan tetap berpegang pada prinsipnya.
  • Ada pihak cuba menyebarkan maklumat peribadi Cakra seperti Kad Tanda Penduduk, namun gagal kerana undang-undang negara melindungi privasi beliau.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mengakui tidak kisah jika dirinya diboikot atau dippingirkan susulan kelantangannya dalam bersuara mengenai isu-isu semasa yang melibatkan negaranya di Threads.

Menurut Cakra, perkongsiannya adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai, selain mempertahankan hak sebagai penduduk negara itu.

Advertisement

"Saya memang sudah di-cancel, tetapi tidak mengapa. Ada beberapa acara yang mungkin pihak penganjurnya kurang suka dengan kata-kata saya.

"Cuma, saya punya prinsip sendiri dan akan selalu menyuarakan apa yang saya fikirkan. Menurut saya, tidak ada yang salah untuk mengungkapkan pendapat.

"Sejauh ini, saya tidak pernah menghakimi seseorang secara peribadi. Saya cuma mahu meningkatkan kesedaran (awareness) tentang sesuatu isu, terutama apabila banyak masyarakat yang terkena dampaknya. Itu sahaja," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Cakra berkata demikian ketika menghadiri sidang media A Night Soul di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pada Selasa.

Ditanya mengenai sama ada perkara tersebut memberi kesan pada mental, Cakra berkata perkara itu tidak menggangu dirinya kerana  setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.

"Kalau kesan secara mental, tidak. Cuma, daripada situ saya jadi tahu bahawa kadangkala ada perkara yang mungkin bertentangan dengan apa yang mereka lakukan.

"Kalau menurut mereka saya tidak sesuai, tidak jadi masalah. Kerana saya ini cuma rakyat biasa. Jadi, saya boleh memberikan apa sahaja komentar yang menurut saya tidak salah untuk dikemukakan,"ujarnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Harus Terpisah itu turut mendedahkan dirinya telah menerima pelbagai ancaman dan tuduhan menerusi mesej peribadi (DM).

Bagaimanapun, Cakra berkata budaya 'cancelled' merupakan perkara yang biasa terjadi di negaranya.

"Ada yang menghantar mesej peribadi (DM) dan mengatakan saya sudah tidak laku. Ada juga yang menuduh saya sengaja menumpang sesuatu isu untuk menaikkan nama.

"Cuma, kalau di Indonesia, perkara seperti ini sudah biasa. Apabila ada seseorang yang menyuarakan pendapat bertentangan, semua buzzer akan keluar. Jadi, saya biarkan sahaja,"katanya lagi.

Lebih mengejutkan, ada juga individu yang cuba menyebarkan Kad Tanda Penduduk (KTP) miliknyq, namun gagal berbuat demikian kerana negara masih ada undang-undang.

"Ada yang mahu memuat naik KTP (Kad Tanda Penduduk) saya dan macam-macam lagi. Memang pernah ada pihak yang mahu berbuat demikian, tetapi akhirnya mereka tidak berani kerana kita juga mempunyai undang-undang.

"Kalau mereka memuat naik maklumat peribadi saya, pasti mereka boleh dikenakan tindakan.

"Jadi, saya tidak takut selagi saya tidak pernah menyuarakan sesuatu yang menurut saya salah,"kongsinya.

Terdahulu, Cakra meluahkan rasa kesal berhubung isu jerebu serta pembakaran terbuka yang kini semakin membimbangkan sehingga merentasi sempadan negara jiran.

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Must Watch Video

Advertisement