Skip to main content

Selebriti

“Saya Akan Sentiasa Pilih Bekerja Dengan Dia Dan Dia Lagi…” - Bella Dowanna

“Saya Akan Sentiasa Pilih Bekerja Dengan Dia Dan Dia Lagi…” - Bella Dowanna

Sekilas

  • Bella Dowanna menegaskan dia boleh mengenali individu yang membuatnya selesa bekerja dan akan memilih untuk bekerjasama dengan mereka lagi.
  • Dia berkongsi di Threads bahawa pilihannya berdasarkan pengalaman peribadi dan bukan untuk memenuhi naratif tertentu.
  • Perkongsian Bella mendapat pujian netizen yang menghargai keberaniannya menyuarakan pandangan sendiri.
Advertisement

Pelakon, Bella Dowanna menegaskan dirinya boleh mengenali dan membezakan individu yang membuatkan dirinya selesa untuk bekerja dan tidak teragak-agak akan memilih mereka sekali lagi.

Menerusi perkongsian di Threads, Bella berkata dia akan terus bekerja dengan individu yang sentiasa memberikan pengalaman baik kepadanya.

Advertisement

“Saya akan sentiasa untuk pilih bekerja dengan dia dan dia lagi. Saya tahu dengan siapa saya bekerja,” tulisnya.

Bella yang terkenal menerusi drama Abang Imam Minah Skuter itu turut berkata perkongsiannya itu dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dan bukanlah bertujuan untuk memenuhi mana-mana naratif.

“Saya tahu pengalaman saya dan saya tiada niat untuk berpura-pura hanya untuk mengisi naratif seseorang,” katanya.

Advertisement

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji pendirian Bella, selain menyifatkannya sebagai berani kerana tampil menyuarakan pandangan sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement