Laman Utama

Anak ‘Handle’ Akaun TikTok Faizal Hussien - “Agaknya Tak Nak Nampak Bapa Dia Bodoh…”

gempak
Asyikin Mayudin
05/03/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Anak ‘Handle’ Akaun TikTok Faizal Hussien - “Agaknya Tak Nak Nampak Bapa Dia Bodoh…”
Aktif di TikTok, pelakon Faizal Hussien mendedahkan akaun media sosialnya itu dipegang dan diuruskan sepenuhnya oleh anak lelakinya.
Menyedari banyak syarikat meletakkan syarat untuk mempunyai platform itu, Faizal berkata semua perkongsian di TikTok merupakan hasil penyuntingan anaknya.
“Saya memang ada akaun TikTok pun. Sebagai seorang pelakon, sekarang ini mesti kena beberapa platform sosial media. Macam dalam kontrak, ada syarikat yang nak kita promosi menerusi TikTok.
“Sebenarnya anak saya yang menguruskan akaun TikTok saya. Dia tak beri saya post sendiri. Apa yang video dikeluarkan di TikTok saya itu, semuanya hasil daripada dia.
“Tapi bila budak umur belasan tahun, yang memang era dia, jadi dia ini lagi pro daripada bapa. Jadi, saya ikut sahaja sebab ada view video yang dia edit pun capai 1 juta.
“Kalau mama dia tergodek-godek ke, dia marah mama dia. Jadi, memang dia yang jaga sebab agaknya dia tak nak nampak bapa dia bodoh dekat TikTok la,” katanya kepada Gempak.
Filem arahan pengarah hebat Meor Hashim Manap yang sudah mula ditayangkan di pawagam itu turut diterajui oleh Datuk M Nasir dan Vanidah Imran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live