Skip to main content

Selebriti

Aliff Syukri Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Ketika Baca Surah Al-Fatihah - “Saya Ada ADHD & Disleksia, Struggle Nak…”

Aliff Syukri Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Ketika Baca Surah Al-Fatihah - “Saya Ada ADHD & Disleksia, Struggle Nak…”

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri mengakui komen negatif terhadap kesilapannya membaca surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah memberi kesan emosi kepada dirinya dan anak-anaknya.
  • Aliff menjelaskan dia menghadapi masalah ADHD dan disleksia yang menyukarkan dia menghafal dan membaca ayat al-Quran dengan betul.
  • Aliff menegaskan tidak berniat memperlekehkan agama dan mengakui kesilapan sambil menerima nasihat untuk mendapatkan bimbingan bacaan solat yang lebih tepat.
Advertisement

Usahawan terkenal dan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui komen negatif yang diterima susulan kesilapannya sewaktu membaca surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya, baru-baru ini telah memberi kesan kepadanya.

Menurut pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman ini, komen negatif itu turut memberi kesan kepada emosi anak-anak sehingga mereka berasa malu dan mempersoalkan perkara yang berlaku.

Advertisement

Ujar Aliff, dia mengakui segala kesalahan serta kekhilafannya malah menjelaskan bahawa dia sememangnya mempunyai kekurangan dalam membaca serta menghafal ayat al-Quran kerana masalah ADHD dan disleksia yang dialaminya.

“Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini.

“Anak-anak tahu saya ni membaca al-Quran pun tak betul. Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya struggle nak menghafal.

“Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi takzkirah dekat anak-anak, sebelum ini saya tak pernah buat.  Kalau baca komen tu rasa macam saya terus down,” katanya kepada Gempak.

Aliff berkata demikian ketika ditemui di sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbs, yang diadakan di Wisma Dherbs, Kota Damansara pada Sabtu.

Mengulas lanjut, bapa kepada enam orang cahaya mata ini menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat memperlekeh mahupun mempermainkan agama.

Advertisement

“Saya tak pernah memperlekehkan atau merendahkan agama. Saya buat itu (live solat) tak ada niat apa-apa pun.

“Saya mengaku ada khilaf, namun netizen banyak membuat provokasi seolah-olah macam saya ini mainkan agama.

“Kenapa orang kejam sangat dengan saya? Banyak lagi orang buat video yang menggarut tapi Saya pula dihina melampau-lampau,” tambahnya.

Terdahulu, tular satu potongan video memaparkan Aliff yang sedang mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya.

Video itu kemudiannya menjadi bualan ramai kerana terdapat kesalahan pada bacaan surah al-Fatihah dan juga surah al-Fil.

Video itu kemudiannya mendapat respon seorang penceramah bebas Ustaz Hafiz Afandi yang tampil menjelaskan bahawa terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aliff ketika membaca surah al-Fatihah iaitu rukun dalam solat.

Pada masa sama, Hafiz turut menyarankan Aliff untuk mendapatkan bimbingan daripada seseorang yang lebih arif tentang bacaan dalam solat.

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement