Kemenangan bergaya pemain badminton perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia dalam kejohanan badminton All England 2021 cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Pemain Malaysia Zii Jia mengalahkan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelson dalam perlawanan sengit pada Ahad.

Berusia 23 tahun, jom kenali pemain kebangsaan Zii Jia yang kini menjadi sebutan ramai.

1. Berasal dari Alor Setar, Kedah, pemain ini mempunyai ketinggian 186cm, berat 78kg.

2. Lahir pada 29 Mac 1998, Zii Jia muka bermain badminton sejak berusia enam tahun.

3. Dia mula bermain secara profesional pasa usia 13 tahun selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun.

4. Zii Jia kemudian ditawarkan kemasukkan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

5. Menjadi juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015 seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Persatuan Badminton Malaysia.

6. Menduduki ranking ke-10 dunia, lawan Zii Jia sewaktu All England 2021, Viktor Axelson berada di ranking ke-2.

7. Perlawanan ini merupakan pertemuan kedua menentang Axelson. Sebelum ini Zii Jia menewaskan pemain Denmark itu pada tahun 2019.

8. Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$59,500 (RM244,344).

9. Pemain tempatan lain yang pernah menjuarai kejohanan badminton paling tua ini adalah Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Datuk Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966) dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).

10. Zii Jia boleh dianggap sebagai pengganti kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.