,
Laman Utama

Anak Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan, Uchee Fukada Berlapang Dada - "Sekasih-Kasih Saya, Kasih Lagi Allah Pada Anak Saya"

Amri Hassan
13/05/2023
01:50 MYT
Pelakon dan pengarah Uchee Fukada berlapang dada menerima suratan takdir apabila anak yang dikandungnya meninggal dunia selepas dilahirkan pada Rabu lalu.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 33, memanjatkan rasa syukur proses bersalin dan pengkebumian anak yang diberi nama Ezmeth Maleeq dipemudahkan.
"Saya pasti ramai yang tertanya tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.
"Tapi aturan Allah Pencipta Seluruh Alam lagi maha hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya.
"Dengan penuh rendah diri, saya pohon semua sahabat handai dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga saya yang amat saya kasihi.
"Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin semalam, sehinggalah hari pengkebumian anaknda tercinta saya tadi selesai solat asar.
"Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang lapangnya," ujarnya.
Uchee turut memohon ruang masa diberikan buatnya sekeluarga untuk mengumpul semula kekuatan selepas kehilangan insan tersayang itu.
"Maaf kalau dua hari ini saya tak menjawab apa apa panggilan atau message dari sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk beri kekuatan sesama kami.
"Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya semalam hingga hari ini.
"Terima kasih keluarga, saudara mara, sahabat datang dari jauh, jiran tetangga yang datang turut sama membantu saya. Moga Allah dapat balas jasa kalian semua.
"MasyaAllah… MasyaAllah.. rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang saya harus telan. Demi keluarga dan anak anak yang ada depan mata, sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar