Penyanyi Alyah memohon orang ramai mendoakan anak saudaranya Siti Nazirah Aziz yang ‘ditidurkan’ kerana kesukaran bernafas akibat Covid-19 kembali sembuh.

Alyah menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) berkata, seluruh ahli keluarga Siti Nazirah kini positif Covid-19.

Katanya, punca jangkitan adalah berpunca daripada sebuah kilang di Gelang Patah, tempat Siti Nazirah dan keluarganya berniaga makanan.

“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya @nazirah_aziz93 kembali sihat semula.

“Dia dah ditidurkan kerna sukar bernafas kerana positive covid19 dan seluruh keluarganya sudah Positif Covid-19.

“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi,” katanya.

Di ruangan Instastory, Alyah telah memuat naik beberapa hantaran kakaknya yang dipanggil Kak Chik juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Selain itu, Alyah turut berkongsi tangkapan skrin perbualan terakhirnya bersama Siti Nazirah sebelum anak saudara kesayangannya itu ‘ditidurkan’.

“CT Cik Jah tahu kau dah ditidurkan. Cik Jah tahu kau kuat. Kau kan macam singa Cik Ana. Bangun semula ya Ti, Cik Jah tunggu kau bangun,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, pengikut Alyah mendoakan agar dkeluarga Siti Nazirah tabah berdepan dugaan ini dan mendoakan kesembuhan buatnya.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)