Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak-Anak Demam, Suhaimi Saad Sembuhkan Dengan Beri Minum Segelas Air Yang Dibacakan Al-Fatihah

Amri Hassan
30/09/2021 03:45 MYT
"Lama dah tak demam, Alhamdulillah hari ini demam," demikian hantaran Facebook milik bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad pada hujung minggu lalu.



Berkongsi perkara terbabit, ada dalam kalangan pengikut akaun media sosialnya yang tampil melayangkan doa buatnya agar segera disembuhkan.

Selain Suhaimi, difahamkan anak-anaknya juga turut sama mengalami demam sepertinya.

Namun, Suhaimi mengambil inisiatif sendiri bagi menyembuhkan anak-anaknya yang dijangkiti demam sama.

"Bila anak-anak demam, SS (Suhaimi Saad) hanya beri minum segelas air yang dibacakan Al-Fatihah. Selesai," katanya.



Kaedah sama turut dilakukan pengikutnya yang menyembuhkan demam dengan cara meminum air campuran madu yang dibacakan umul kitab.

Sebaik demam, Suhaimi memuatnaik sepotong video bersama isteri, Ina Naim dan anak bongsunya, Nurlayla El Ghufrony meluangkan masa bersama-sama beriadah di tepi sungai berdekatan kediamannya di Kelantan.

BACA: "Sabar Tahap Wali, Cantik Walau Marah" - Ina Naim Pada Pandangan Suhaimi Saad

Terdahulu, menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, Suhaimi sempat menjawab pertanyaan pengikutnya adakah dirinya sudah mengambil suntikan vaksin.

"Soalan ni agak kelakar, boleh dikatakan satu Malaya sudah tahu SS dilabelkan anti vaksin. Walaupun kitorang tidak anti pun, cuma kitorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu.

"Kita pilih cara lain iaitu makanan sunnah, homeopati dan rawatan alternatif lainlah. Setakat ini belum lagi dan insya-Allah tiada niat untuk ambil vaksin.

"Allahualam semuanya kita serah pada Allah, kita hanya mampu berikhtiar berdoa dan mudah-mudahan Allah telah tetapkan takdir terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin atau tidak," jawabnya.
undefined
BACA: Lantang Bersuara Tolak Vaksin, Instagram Sekat Akaun Suhaimi Saad Selama 30 Hari - "Ada Aku Kisah!"

BACA: "Jika Tak Nak Vaksin Jangan Lembukan Orang" - PU Syed

BACA: Tak Perlu Vaksin? Suhaimi Saad Ajar Guna Cengkih Untuk Sembuh COVID-19
#Anak #Demam #Suhaimi Saad #Ina Naim #Anti Vaksin #Alternatif #Homeopati
;