Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Angelina Jolie Upah Pembunuh Bunuh Dirinya: “Dia Beri Saya Masa Dua Bulan…”

Maliah Surip
30/07/2024 14:00 MYT
Pesohor Angelina Jolie mendedahkan pernah mengupah seorang pembunuh untuk membunuh dirinya sewaktu dia berusia 22 tahun.

BERITA TRENDING: Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah

Tindakan itu dilakukan supaya Jolie tidak mengambil nyawanya sendiri, lapor CNN.

“Ini kedengaran gila tapi ada pada satu masa saya mengupah seorang pembunuh untuk membunuh saya,” katanya.

Menurut pemenang Oscar tersebut tidak sukar buatnya untuk mencari pembunuh upahan di New York dan dia berjaya mendapatkan seorang yang bertanggungjawab melaksanakan misi gila tersebut.

“Tidak sukar mencari pembunuh upahan di New York. Memang gila tapi sewaktu muda saya pernah berfikir untuk bunuh diri.

“Namun daripada membunuh diri sendiri lebih baik dibunuh oleh seseorang.

“Dan saya bertemu malah berjaya mengupah seorang pembunuh upahan. Saya mungkin kelihatan seperti dirompak lalu dibunuh. Itu lebih baik daripada keluarga melihat saya bunuh diri sendiri,” dedahnya.

Bagaimanapun rencana tersebut tidak terlaksana kerana pembunuh upahan yang dibayar tidak mahu melakukan kerjanya.

“Dia beri saya masa dua bulan untuk memikirkan adakah keputusan saya betul. Dan masa yang diberi itu menyelamatkan saya,” kenangnya lagi.

Jolie yang kini berusia 49 tahun mengaku bersyukur kerana rancangan gilanya itu tidak dilaksanakan sekaligus membuat dia masih bernyawa sehingga kini.

“Saya telah melalui banyak fasa kehidupan yang gelap dan saya berjaya melaluinya.

“Saya bersyukur tidak mati muda,” katanya.

BERITA TRENDING: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

BERITA TRENDING: Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy

BERITA TRENDING: Pax Gelar Brad Pitt Bapa Yang Keji, Buat Hidup Anak Angelina Jolie Macam Dalam Neraka

#pelakon #Hollywood #Angelina Jolie #Selebriti #Oscar #Pembunuh #New York #Upahan
;