Luahan serta kata-kata kesat yang pernah ditulis salah seorang anak angkat Angelina Jolie dan ditujukan buat Brad Pitt, Pax, pada tahun 2020 kembali menarik perhatian umum.

BERITA TRENDING: Bapa Kecewa Angelina Jolie Sokong Pales***!

DailyMail.uk melaporkan tulisan yang dipercayai milik Pax tersebut dibuat dalam Insta Story di akaun Instagram peribadinya sebagai ucapan Hari Bapa.

Remaja 19 tahun dari Vietnam itu antaranya menyifatkan Pitt sebagai ‘bangsat bertaraf antarabangsa’ serta manusia paling keji yang telah membuatkan kehidupan dia dan empat adik yang lain dalam ketakutan.

“Selamat Hari Bapa buat bangsat bertaraf antarabangsa. Anda membuktikan berkali-kali anda adalah seorang manusia yang keji.

“Anda tidak pernah ada empati terhadap empat anak anda. Anda tidak akan pernah sedar kerosakan yang anda lakukan kepada kami.

“Anda telah membuatkan kehidupan kami macam dalam neraka,” begitu isi luahan yang dipercayai ditulis Pax tiga tahun lalu.

Pasangan selebriti terkenal dunia itu berpisah pada tahun 2016 selepas dua tahun berkahwin di Perancis.

Perpisahan mereka menyaksikan banyak sisi buruk dalam hubungan dan perkahwinan yang dibina terbongkar dengan antaranya Jolie mendakwa Pitt mempunyai sikap buruk yang tidak boleh diterima anak-anak.

Sewaktu bersama, Jolie dan Pitt mengambil anak angkat iaitu Zahara, Maddox dan Pax.

PILIHAN PEMBACA: Status Ibu Selamatkan Hidup Angelina Jolie Dari Musnah

Mereka juga mempunyai tiga lagi anak sendiri iaitu Shiloh, 17, dan kembar berusia 15 tahun iaitu Knox dan Vivienne.