Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

Mya Amri
06/09/2024 00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.

Rasa bertanggungjawab tutup aurat

Bagaimanapun kata Angeline, sebagai seorang Muslim, dia berasa bertanggungjawab untuk menutup auratnya.

“Abang tak pernah suruh pun dan abang tak pernah minta. Tapi saya rasa sebagai seorang Islam, ini lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah.

“Abang kata bab bab tudung ni dia tak pandai. Dia kata saya belilah apa yang saya rasa cantik,” ujarnya.

Angeline berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama sebuah program televisyen baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"

ARTIKEL BERKAITAN:“Air Mata Mu, Air Mata Ku Jua…” - Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Sebak Depan Kaabah

ARTIKEL BERKAITAN:Segan, Sabri Yunus Tolak Jadi Duta Ubat Kuat - “Mentang-Mentang Kami Yang Dah Berusia Kahwin…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Pula Ada Yang Kata Main-Main, Sekejap Pakai Sekejap Tak” - Ardini Angeline Tan Masih Belajar Berhijab

ARTIKEL BERKAITAN:Angeline Tan Respon Dakwaan Isu Pernikahan Tak Sah - “Dia Lebih Faham Kalau Fitnah Macam Ini Apa Hukumnya”


Apa sahaja isteri pakai cantik

Dalam pada itu, Sabri juga sempat bergurau dengan menyatakan apa sahaja pemilihan tudung yang dibuat oleh isterinya tetap nampak cantik.

“Pada saya apa yang dia pakai, apa pilihan dia tak pernah tak cantik,” ujarnya sambil tersenyum.

Terdahulu, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.

Untuk rekod, Angeline memeluk Islam pada 26 September 2023 dan selamat bernikah dengan Sabri di Perlis pada 14 Oktober tahun yang sama.

Sabri yang dikenali dengan watak Wan Ismail Golok dan Pak Ya Concodei sudah 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

#Sabri Yunus #Tudung #Hijab #Muslim #Angeline Tan #Ardini
;