Laman Utama

“Air Mata Mu, Air Mata Ku Jua…” - Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Sebak Depan Kaabah

gempak
Mya Amri
19/12/2023
01:52 MYT
Sponsor Banner
“Air Mata Mu, Air Mata Ku Jua…” - Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Sebak Depan Kaabah
Pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, sudah pasti menjadi satu kenangan manis buat pelakon, Angeline Tan.
Momen itu dikongsi oleh suaaminya iaitu pelakon Sabri Yunus menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya.
Video tersebut merakamkan Angeline sedang menadah tangan memohon doa di hadapan Kaabah.
Bagaimanapun, Angeline kemudiaanya kelihatan tidak dapat menahan sebak dan matanya bergenang ketika memandang Kaabah.
“Air mata mu air mata ku jua, semoga Allah memelihata kita,” tulisnya ringkas.
@sabriiyunus
♬ original sound - Sabri Yunus
Sementara itu, di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen mendoakan agar urusan ibadah kedua pasangan suami isteri itu dipermudahkan.
Malah mereka juga berasa terharu dan gembira kerana Angeline terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Antara komen yang diterima:
“Alhamdulillah… Aturan Allah tak ada siapa yang tahu, rahsia Dia semuanya. Allahuakhbar,”
“Bertuahnya Angeline terpilih menjadi tetamu Allah. Moga Angeline kekal Islam hingga ke syurga, amin,”
“Alhamdulillah, air mata menjadi saksi keikhlasab Ardini, terima kasih menjadi saudara Islam kami. Amin,”

PILIHAN PEMBACA: Angeline Tan Tenang Di Tanah Suci - “Semoga Allah Makbulkan Semua Doa…”

Angeline ke Tanah Suci ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, 65.
Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri di Perlis pada 14 Oktober lalu.
Sabri yang dikenali dengan watak Wan Ismail Golok dan Pak Ya Concodei sudah 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live