Anggap Baju Melayu Karya Istimewa, Rosyam Nor Pilih Bulan Bintang! Sentiasa ‘Excited’ Untuk Jadi Duta - “Anak Muda Yang Telah Berjuang…”
Pelakon, Datuk Rosyam Nor menganggap baju melayu merupakan satu rekaan dan karya istimewa yang melambangkan budaya melayu.
Menurut Rosyam, masyarakat seharusnya berasa bangga dengan rekaan asli baju melayu dan tradisi pemakaian busana itu juga seharusnya dikekalkan.
“Saya menanti dari masa ke semasa untuk menjadi duta kepada produk baju melayu kerana saya menganggap baju melayu ini adalah satu ciptaan istimewa daripada karya karya orang orang terdahulu iaitu jubah melayu.
“Jubah melayu yang mana sekarang banyak ditinggalkan contohnya kalau kita lihat orang orang pergi umrah, setiap negara ada jubah mereka.
“Tapi orang melayu agak kehilangan identiti, kalau tengok orang Indonesia, mereka akan pakai baju batik mereka pergi umrah.
“Tapi orang melayu dia akan memakai jubah jubah daripada negara negara yang tak tentu mana, mungkin jubah tu daripada Mesir, Omad.
“Tapi sepatutnya orang melayu berbangga dengan jubah yang direka cipta oleh orang orang bijak pandai suatu ketika dulu iaitu seperti baju yang saya pakai ini ada lima butang melambangkan lima rukun islam,” katanya.
Rosyam berkata demikian ketika menghadiri sidang media Bulan Bintang Sedekad Menyinar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hampir Tolak Sebab Rasa…” - Zahiril Adzim Bincang Dengan Isteri Sebelum Setuju Jadi Duta Bulan Bintang Sedekad Menyinar
Dalam pada itu, Rosyam mendedahkan dia mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta baju melayu namun memilih Bulan Bintang.
“Tahun lepas kita tengok ada banyak jenama-jenama baharu muncul di pasaran dan tahun ini ada beberapa jenama jugak yang melamar saya untuk menjadi duta.
“Jadi bila saya fikir-fikirkan saya harus mengambil satu jenama di mana kekuatannya ada pada anak muda.
“Anak muda yang telah berjuang setelah sekian lama iaitu sepuluh tahun, satu dekad di mana saya memilih jenama nombor satu, Bulan Bintang.
“Bulan Bintang telah melahirkan satu fesyen baju melayu yang moden dan juga yang lama… Yang klasik dibawa kembali seperti apa yang saya pakai ini ada pesak dan inilah sebenarnya baju melayu original orang melayu.
“Saya amat berbangga pada kali ini Bulan Bintang telah memilih saya sebagai duta dan saya berharap dengan kehadiran saya akan memberikan satu pencapaian yang begitu besar pada Bulan Bintang pada tahun ini, insya-Allah,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Tengok Gelagat Rosyam Nor Kipaskan Cucu - “Punyalah Gengster, Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor
ARTIKEL BERKAITAN:Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor