Laman Utama
Anggota Polis Thailand Berwajah Kacak Viral Ketika Sedang Bertugas
Gambar seorang pegawai polis trafik yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Trafik Balai Polis Bandar Phitsanulok, tular di media sosial Thailand yang memuji kekacakan anggota tersebut, lapor Thaiger.
Menerusi siaran yang ditulis satu mesej menggalakkan pemanduan berhati-hati dan pematuhan undang-undang jalan raya, telah menarik banyak komen terutama wanita yang meminta supaya mereka 'ditangkap'.
Justeru, banyak komen menanyakan masa syif pegawai itu bertugas telah menyebabkan jabatan trafik itu membalas pertanyaan secara berseloroh.
"Nampaknya tiada siapa akan membawa lesen memandu lagi," menurut ciapan di laman Facebook jabatan tersebut.
Dalam catatan itu menyaksikan pegawai itu melaksanakan tugas di jalan raya dengan teks di sebelah imej 'Boleh saya pimpin awak? dan tanda pagar seperti #memandu dengan berhati-hati #pakai topi keledar dan #polis trafik di Phitnulok.
Segelintir wanita dilihat melakukan komen 'nakal' meminta pegawai tersebut menjadi teman mereka.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video